Farid,
Diana dedah nama anak di TV
Oleh RONI
HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my
roni.ridwan@kosmo.com.my
SETELAH
bergelar bapa selama dua bulan, pengarah dan pelakon terkenal Farid Kamil masih
berteka-teki berhubung nama anak lelakinya yang masih lagi dirahsiakan sehingga
sekarang.
Ketika
bertemu dengan Farid semasa majlis pratonton filem Dampak baru-baru ini, suami
kepada pelakon Diana Danielle itu hanya tersenyum apabila diajukan pertanyaan
mengenai nama anaknya.
Meskipun
masih lagi terus berahsia dan sekadar memberitahu Muhammad sebagai pangkal nama
cahaya mata sulungnya itu, Farid menyatakan ia hanya akan diumumkan dalam satu
majlis khatam Al-Quran dan akikah yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya,
ketika ini isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan kedua-duanya
berada di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bersama kedua-dua ibu bapanya.
Kosmo!:
Sehingga kini ramai yang masih tertanya-tanya tentang nama anak Farid setelah
dua bulan bergelar bapa. Adakah Farid masih lagi mahu berahsia mengenainya?
FARID: Buat
masa ini saya masih belum bersedia untuk mendedahkan nama sebenar anak saya.
Apa yang boleh dijelaskan sekarang, namanya akan didedahkan dalam sebuah majlis
nanti.
Mengikut
perancangan saya dan isteri serta ahli keluarga yang lain, kami akan mengadakan
majlis khatam Al-Quran dan akikah. Namun begitu, kami masih belum memilih tarikh
yang sesuai lagi.
Mengapakah
Farid memilih majlis tersebut untuk mengumumkan nama anak?
Sebenarnya
majlis itu nanti akan diberi hak eksklusif kepada Astro untuk menyiarkannya di
kaca televisyen. Bagi kami, ia merupakan masa yang paling sesuai untuk umumkan
nama sebenar anak saya.
Bagaimanapun,
perkara tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan antara Astro dan
Metrowealth. Jadi, kami menyerahkan segala urusan kepada Metrowealth dan kami
bersetuju dengan segala perancangan yang dibuat.
Sudah tentu
Farid dan Diana mendapat tawaran yang lumayan daripada pihak Astro untuk hak
eksklusif berkenaan. Adakah Farid boleh dedahkan jumlah bayaran yang akan
diterima?
Tentang
bayaran itu saya dan isteri memang tidak tahu-menahu mengenainya. Semuanya
bergantung kepada Metrowealth apabila melakukan rundingan dengan pihak Astro.
Bagaimanakah
dengan keadaan Diana dan anak?
Beberapa
hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, isteri dan anak sudah pulang ke
Malaysia dan kini mereka berada di kampung halaman saya di Alor Setar.
Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan anak saya kini semakin aktif,
manakala Diana pula masih lagi dalam berpantang dan dijaga sepenuhnya oleh ibu
saya.
Adakah Diana
sudah menamatkan pengajiannya di Australia?
Kalau
diikutkan masih lagi ada enam bulan untuk Diana menamatkan keseluruhan
pengajiannya dalam bidang penerbitan di National Institute of Dramatic Art
(NIDA) di Sydney. Namun, keputusan masih belum dibuat sama ada dia sambung atau
tidak.Bagaimanakah kehidupan Farid sekarang setelah bergelar seorang ayah?Sekarang
ini saya perlu menjadi seorang individu yang lebih bertanggungjawab. Kalau
dahulu saya bebas untuk melakukan apa sahaja perkara yang diinginkan, sekarang
semuanya lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
No comments:
Post a Comment