Juara bertahan tumbang
MURRAY
menghempaskan raketnya ke lantai gelanggang sebagai manifestasi kepada
kekecewaannya ketika perlawanan menentang Wawrinka, kelmarin.
NEW YORK - Buat sekian
kalinya, Andy Murray berdepan kekecewaan apabila tersingkir dari kejohanan
tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas mengejut kepada Stanislas
Wawrinka pada peringkat suku akhir, kelmarin.
Wawrinka yang beraksi
selaku pemain pilihan kesembilan mengejutkan juara bertahan dan Wimbledon itu
untuk mara ke saingan separuh akhir selepas mencatat kemenangan 6-4, 6-3, 6-2.
"Saya rasa amat
hebat. Sangat gembira dan menakjubkan kerana saya akan berada di saingan
separuh akhir acara Grand Slam buat pertama kali.
"Untuk menewaskan
Murray, saya memerlukan tiga set dan terpaksa bermain dengan baik sekali,"
ujar pemain berusia 28 tahun dari Switzerland itu. Dalam saingan separuh
akhir nanti, Wawrinka dijadualkan bertemu pemain No.1 dunia, Novak Djokovic
yang mudah menewaskan pemain Rusia, Mikhail Youzhny 6-3, 6-2, 3-6, 6-0 dalam
satu lagi aksi suku akhir.
Bagaimanapun rekod
pertemuan Wawrinka ke atas Djokovic agak buruk iaitu 2-12 termasuk tewas di
pusingan keempat Terbuka AS tahun lalu.
Dalam pada itu, Murray
yang tersingkir buat kali kedua dalam 146 perlawanan Grand Slam, mengakui
melakukan beberapa kesilapan.
"Dia (Wawrinka)
bermain dengan baik sekali dan itu adalah perkara paling sukar sekali.
"Dia
membalas pukulan dengan baik dan saya sendiri tidak berpeluang mencipta break
point. Pukulan servis yang dilakukannya juga hebat.
"Saya sepatutnya
bermain dengan lebih baik. Agak memalukan bermain dalam keadaan yang tidak
begitu baik seperti ini," kata Murray. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz2eB1dmyWp
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment